Pernah tak masuk kedai, tengok dinding dia kosong je, rasa macam “meh”? Compare tu kedai yang ada mural lawa, terus nak ambil gambar. Betul tak? Sebab tu, mural bukan sekadar seni. It’s a statement, a vibe, and honestly, a marketing tool.
Kisah Client: Restoran Mee Udang Kak Azi
Restoran Mee Udang Kak Azi ni start dari warung kecil je. Dinding kosong, meja pun biasa-biasa. Tapi satu hari Kak Azi call aku, “Bro, aku rasa dinding kedai ni macam hambar. Customer ramai, tapi vibe tak cukup meriah. Boleh tolong buat mural tak?”
Mula-mula aku tanya, “Kak Azi nak konsep macam mana?” Dia jawab, “Simple je. Gambar mee udang besar-besar dengan laut belakang dia. Biar orang tahu speciality kita dari dinding lagi.” Alhamdulillah dapat siap dalam 3 hari.
Lepas sebulan siap mural tu, aku datang makan kat situ. Ada satu customer sembang dengan Kak Azi, “Kak, cantik mural ni. Siapa buat? Budak-budak saya terus nak ambil gambar kat sini.”
Apa Jadi Lepas Ada Mural?
- Tarik Pelanggan Baru Kak Azi cerita, lepas mural siap, ramai customer datang sebab ternampak mural tu masa lalu. Ada yang siap masuk kedai sebab nak tengok dekat-dekat.
- Tingkatkan Engagement Ada satu keluarga datang, habis satu meja ambil gambar dekat mural. Kak Azi gelak, “Mereka ni beli mee udang sebab nak bergambar dulu!”
- Tinggalkan Impak Sekarang, orang kampung panggil restoran tu “kedai mee udang mural lawa.” Branding terus lekat kat kepala orang.
Kenapa Perlu Hire Artist Profesional?
Mural ni bukan setakat main cat je. Artist profesional faham tentang komposisi, warna, dan macam mana nak buat design yang ngam dengan bisnes you. Plus, bila hire pro, hasil dia tahan lama. Takdelah baru 6 bulan, warna dah pudar.
Proses Mural: Mudah Je
- Discuss Konsep – Cerita vision you, apa yang you nak sampaikan.
- Design – Artist akan buat lakaran dulu. You boleh bagi feedback.
- Execution – Bila semua okay, baru start lukis. Biasanya tak lama pun kalau team power.
Mural untuk Semua Jenis Bisnes
Tak kisah restoran, kafe, butik, gym, atau office, semua boleh buat mural. Yang penting, design tu kena sesuai dengan audience and vibe tempat tu.
Nak Start Kat Mana?
First step, fikir apa cerita atau mesej yang you nak tunjukkan. Lepas tu, cari mural artist yang ada portfolio cantik. Kalau tak sure macam mana nak pilih, klik sini. Boleh sembang!
Jangan anggap seni ni sekadar hiasan je, sebenarnya boleh jadi satu pelaburan untuk bisnes. So, ready to transform dinding kosong jadi marketing tools korang? 😊
