Hiasi Rumah Dengan 5 Warna Kegemaran Rasulullah SAW! Rumah Idaman, Jiwa Tenang.

Pernah tak rasa rumah tu macam tak “hidup”? Nampak cantik, tapi hati tetap rasa kosong. Kadang-kadang, kita lupa yang rumah bukan sekadar tempat tinggal, tapi juga ruang untuk kita recharge tenaga jiwa.

Ada satu kisah menarik. Seorang sahabat Nabi SAW pernah bertanya, “Ya Rasulullah, apakah amal yang paling dicintai Allah?” Baginda menjawab, “Yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.” Bayangkan, kalau sekecil zikir boleh beri impak besar dalam hidup, apatah lagi kalau kita jadikan rumah kita sebagai ruang yang memudahkan kita berzikir.

Salah satu cara? Hiasi rumah dengan warna kegemaran Rasulullah SAW. Bukan saja untuk dekorasi, tapi sebagai inspirasi untuk menghidupkan suasana penuh ketenangan.


1. Putih: Lambang Kesucian dan Ketenangan

Imam Al-Ghazali pernah berkata, “Yang amat disukai oleh Nabi ialah warna putih.” Bahkan, Nabi SAW sendiri sering mengenakan pakaian putih. Dalam hadis riwayat Nasai’, Baginda bersabda:

“Pakailah pakaian putih kerana pakaian seperti itu lebih bersih dan lebih baik. Dan kafanilah pula mayat dengan kain putih.”

Bayangkan rona putih di dinding rumah. Ia memberi rasa bersih, sejuk, dan tenang. Bukan sekadar estetik, tapi juga simbolik kepada hati yang sentiasa mengingati Allah.


2. Hijau: Warna Kegemaran Syurga

Anas bin Malik pernah meriwayatkan, “Warna yang paling disukai Rasulullah SAW adalah hijau.” Dalam Surah ar-Rahman, ayat 76, Allah menyebut tentang penduduk syurga yang berbaring di atas bantal-bantal hijau.

Hijau melambangkan kedamaian dan kesegaran. Ia seperti satu reminder untuk kita kembali kepada fitrah alam. Tambah lagi, dengan seni khat zikir seperti Subhanallah di atas kanvas hijau? Perfect! Setiap kali lalu, pasti rasa dekat dengan Allah.


3. Hitam: Elegan dan Misteri

Jangan takut dengan warna hitam. Rasulullah SAW sering memakai serban hitam ketika urusan rasmi Baginda. Dalam hadis Muslim, Ja’far bin Amr bin Huraits berkata:

“Rasulullah SAW berpidato di hadapan umat Baginda memakai serban hitam.”

Warna hitam boleh memberi kesan elegan dan sofistikasi. Sesuai untuk bingkai seni khat atau hiasan ruang tamu. Ia membawa aura keteguhan dan ketenangan dalam kesederhanaan.


4. Kelabu: Klasik dan Bijaksana

Ibnu Abbas pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW keluar dengan kepala yang dibalut kain berwarna kelabu. Kelabu ni underrated sebenarnya. Ia warna neutral yang boleh dipadankan dengan hampir semua dekorasi.

Sebagai lambang intelek dan kebijaksanaan, warna kelabu sangat sesuai untuk ruang kerja atau sudut solat di rumah. Tambahkan seni khat Allahu Akbar pada dinding kelabu, dan lihat bagaimana ia mencetuskan rasa hormat dan tenang.


5. Merah: Semangat dan Kegembiraan

Rasulullah SAW pernah memakai jubah dua lapis berwarna merah, dan Al-Bara’ bin ‘Azib berkata:

“Aku tidak pernah melihat seorang pun manusia yang lebih kacak dengan pakaian Hullah (sejenis jubah 2 lapis) berwarna merah melainkan Rasulullah SAW.”

Merah melambangkan keberanian dan semangat. Dalam konteks dekorasi, gunakan warna ini dengan bijak, seperti untuk aksen dinding atau seni khat kecil. Ia memberi tenaga dan kehangatan pada ruang.


Seni Khat: Menghidupkan Zikir dalam Rumah

Selain warna, seni khat zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar bukan sekadar cantik. Ia menjadi peringatan visual untuk berzikir, terutama bila hati kita alpa. Hadis Nabi SAW ada menyebut:

“Dua kalimat yang ringan di lidah, tetapi berat di timbangan, dan disukai oleh Allah: Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallahil Azim.”

Kenapa tidak jadikan seni khat ini sebahagian daripada rumah anda? Setiap kali mata memandang, lidah kita ringan berzikir.


Rumah adalah cerminan jiwa penghuninya. Dengan menghiasi ruang dengan warna kegemaran Nabi SAW dan seni khat, kita bukan saja mencantikkan rumah, tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah. Jadi, nak cuba transform rumah anda? Jangan ragu untuk explore karya saya, —kita sama-sama jadikan rumah anda “syurga kecil” penuh kedamaian.

😊 Wallahu a’lam bisshawab.

Shopping Cart