Selamat datang ke halaman Soalan Lazim (FAQ)

Di sini kami kumpulkan soalan paling kerap ditanya tentang perkhidmatan, produk digital, kerjasama dan banyak lagi. Klik kategori di bawah atau scroll untuk baca semuanya.

Servis Mural Kami

Apakah jenis mural yang ditawarkan oleh Afian Artistry Studio?

Kami menawarkan pelbagai jenis mural termasuk mural dinding dalaman dan luaran untuk rumah, pejabat, restoran, sekolah, ruang komersial dan juga event khas. Setiap rekaan adalah unik dan mengikut kehendak pelanggan dengan menggunakan stail kami.

Boleh ke buat mural untuk ruang luar (outdoor)?

Boleh! Kami guna cat khas tahan cuaca untuk mural luar bangunan. Biasanya Jotun atau Nippon.

Kami juga akan beri cadangan teknikal untuk pastikan hasil kekal cantik walaupun terdedah kepada hujan dan panas.

 

Bagaimana proses tempahan mural dilakukan?

Proses tempahan bermula dengan:

  1. Perbincangan konsep & bajet

  2. Penyediaan lakaran kasar

  3. Pengesahan design oleh pelanggan

  4. Penjadualan tarikh pemasangan

  5. Pelaksanaan mural di lokasi

Senang cerita, kami guide dari awal sampai siap!

Berapa harga servis mural?

Harga bergantung pada saiz, kompleksiti rekaan dan lokasi pemasangan.

Tapi jangan risau – kami akan bagi quotation selepas tahu keperluan anda. Minimum harga biasanya bermula dari RM13/sekaki untuk projek kecil.

Berapa lama masa diperlukan untuk siapkan satu mural?

Bergantung pada saiz dan tahap detail rekaan. Mural kecil biasanya siap dalam 1-2 hari, manakala projek besar boleh ambil masa hingga seminggu atau lebih.

Kami akan beritahu jangkaan masa siap awal-awal.

Apa yang perlu saya sediakan sebelum mural dilukis?

Cuma pastikan dinding bersih, kering dan mudah diakses. Kalau perlu, kami juga boleh bantu buat kerja persediaan seperti cat asas atau touch-up permukaan.

Mural ni tahan lama ke?

Ya, kami guna cat berkualiti tinggi dan kemasan pelindung (clear coat) untuk tahan lama.

Dengan penjagaan minima, mural boleh tahan 4-5 tahun tanpa pudar.

Perlu ke buat site visit sebelum mula mural?

Kalau projek berskala besar atau melibatkan ruang kompleks (contoh: ruang 3D, bangunan luar, atau ruang komersial), kami sangat galakkan untuk buat site visit supaya kami boleh ukur, kaji pencahayaan, jenis permukaan dan beri cadangan yang lebih tepat.

Ada caj untuk site visit?
  • Dalam kawasan berdekatan (radius tertentu): site visit adalah percuma.

  • Luar kawasan / negeri lain: akan ada caj minimum untuk kos perjalanan & masa. Tapi kalau projek confirm, caj site visit biasanya akan ditolak dari jumlah akhir.

Boleh ke team datang ke luar kawasan / negeri lain untuk buat mural?

Boleh, kami memang sediakan servis mural luar kawasan termasuk ke negeri lain. Kos tambahan untuk pengangkutan, penginapan & logistik akan dimasukkan dalam sebut harga. Kami akan bincang awal-awal supaya semuanya jelas sebelum mula projek.

Kalau projek mural ambil masa seminggu di negeri lain, ada caj penginapan untuk team?

Ya, untuk projek luar kawasan yang memerlukan beberapa hari hingga seminggu, akan ada caj tambahan untuk penginapan dan kos logistik team. Kami akan masukkan kos tu dalam sebut harga (quotation) awal-awal supaya pelanggan tahu keseluruhan bajet projek.

Kalau anda ada penginapan sendiri untuk sediakan (contohnya: homestay, tempat staff, dsb.), kami juga terbuka untuk bincang.

Lukisan Khat Custom & Ready-made

Apa beza antara khat custom dan khat readymade?

Khat custom adalah hasil seni khas ikut permintaan anda – boleh pilih ayat, nama, warna, saiz dan medium.
Khat readymade pula adalah karya siap sedia yang boleh terus dibeli.

Saya nak nama atau ayat sendiri ditulis dalam khat – boleh?

Boleh sangat! Nama individu, pasangan, keluarga atau gabungan dengan ayat Al-Quran – kami boleh reka ikut kesesuaian gaya.

Boleh request warna dan saiz ikut ruang rumah atau pejabat?

Ya, kami akan sesuaikan rekaan dengan tema ruang anda. Hantar gambar ruang atau dinding pun boleh, untuk kami buat padanan warna & saiz yang harmoni.

Berapa lama masa siap untuk khat custom?

Biasanya antara 7–14 hari bekerja, bergantung pada tahap detail dan jenis medium. Untuk tempahan urgent, hubungi kami awal – kami akan tengok slot ekspres yang ada.

Khat ni dalam bentuk digital ke fizikal?
  • Digital: Fail resolusi tinggi (JPEG/PDF), sesuai untuk cetakan sendiri.

  • Fizikal: Kami cetak atas kanvas, art paper, atau frame siap gantung. Anda boleh pilih masa tempahan.

Boleh guna khat custom ni untuk tujuan komersial? (branding, produk, packaging)

Boleh, tapi beritahu kami semasa tempahan. Kami akan keluarkan lesen penggunaan komersial dengan struktur harga yang sesuai mengikut skop projek.

Bagaimana cara untuk tempah khat custom?
  1. Hantar ayat/nama yang anda nak

  2. Nyatakan gaya tulisan, warna & saiz

  3. Pilih digital atau fizikal

  4. Kami beri quotation + lakaran kasar

  5. Bila dah confirm & bayar deposit, kami mula proses rekaan

Berapa kos penghantaran untuk khat fizikal?

Kos bergantung pada saiz dan lokasi. Kami akan maklumkan semasa quotation. Untuk Semenanjung Malaysia biasanya bermula sekitar RM20–RM60 (Premium)

Bagaimana cara penjagaan lukisan khat fizikal?
  • Elakkan dari tempat lembap atau terkena cahaya matahari terus

  • Lap dengan kain lembut (kering) jika berhabuk

  • Untuk versi framed glass, lap permukaan kaca sahaja

  • Jangan guna bahan kimia kuat atau air secara langsung
    Penjagaan yang baik akan buat lukisan tahan bertahun-tahun tanpa pudar.

eBook & Course

Macam mana nak akses eBook atau kursus selepas beli?

Selepas pembayaran berjaya, anda akan terima link akses melalui emel. Untuk eBook, anda boleh terus muat turun fail. Untuk kursus, anda akan dibawa ke portal pembelajaran khas dengan login anda sendiri.

Kursus ni boleh ditonton bila-bila masa ke?

Ya! Semua kursus kami adalah dalam format self-paced, jadi anda boleh tonton ikut masa sendiri – siang atau malam, ikut keselesaan anda.

Guna platform apa untuk akses kursus?

Semua kursus kami dijalankan melalui website AfianArtistry sendiri. Anda hanya perlu login ke akaun anda selepas pembelian dan akses kursus terus dari dashboard pelajar. Mudah dan tersusun!

Dalam bahasa apa kursus diajar? Ada subtitle?

Kebanyakan kursus kami disampaikan dalam Bahasa Melayu, dan ada yang disertakan dengan subtitle (BM/BI) untuk memudahkan pemahaman. Maklumat bahasa akan dinyatakan pada setiap kursus.

Ada sijil penyertaan tak?

Ya, untuk kursus terpilih yang lengkap modulnya, anda akan diberikan sijil penyertaan digital. Ia akan dihantar secara automatik atau atas permintaan selepas selesai semua modul.

Ada support kalau saya tak faham sesuatu dalam kursus?

Ya! Kami sediakan ruang komen / sokongan melalui emel / Telegram group (bergantung pada kursus). Anda boleh tanya bila-bila masa – team kami akan bantu.

Kalau saya terlepas download eBook, boleh request semula?

Boleh. Anda hanya perlu beri bukti pembelian (resit / emel) dan kami akan hantar semula link muat turun. Kami simpan rekod pembelian anda.

Boleh refund tak kalau saya tak puas hati?

Disebabkan eBook dan kursus adalah produk digital yang boleh dimuat turun, tiada refund selepas pembelian. Tapi kami terbuka untuk bantu selesaikan sebarang isu teknikal atau ganti akses jika ada masalah.

Adakah kursus ni sesuai untuk beginner?

Ya, kebanyakan kursus direka untuk pelukis atau penulis baru. Kami nyatakan tahap kesukaran di setiap kursus supaya anda tahu sama ada ia sesuai dengan tahap anda sekarang.

Art Print & Art Merchandise

Apa beza antara Art Print dan ArtMerch?

Art Print adalah cetakan berkualiti tinggi hasil karya asli AfianArtistry – dicetak atas kanvas, kertas seni (art paper), atau material premium lain.

ArtMerch pula ialah barangan khas bercorak seni seperti tote bag, bookmark, stiker, keychain dan lain-lain – semuanya original design.

Material apa yang digunakan untuk Art Print?

Kami guna premium matte art paper, canvas berkualiti galeri, dan frame kayu solid (untuk framed print). Setiap cetakan dijaga dari segi warna, detail dan tahan lama.

Adakah Art Print ini limited edition?

Ya! Sebahagian besar Art Print kami adalah edisi terhad (limited edition) – ada nombor siri & tandatangan artis. Bila habis stok, takkan dicetak semula.

Boleh request saiz khas untuk Art Print?

Boleh, asalkan karya tersebut masih dalam stok versi digital. Beritahu saiz dan jenis material, kami akan sediakan sebut harga khas.

Boleh buat ArtMerch custom dengan design sendiri?

Untuk masa sekarang, kami hanya jual ArtMerch dari design original AfianArtistry. Tapi jika ada permintaan kuantiti besar (bulk order), kami terbuka untuk bincang custom.

Macam mana proses pembungkusan & penghantaran?
  • Art print akan dibungkus dalam tube atau kotak keras untuk elak rosak

  • Item kecil seperti merch dihantar dalam bubble mailer atau box

  • Kami guna kurier seperti J&T, PosLaju, Lineclear – tracking number akan diberi

Kos shipping macam mana?

Kos penghantaran bergantung pada jenis produk dan lokasi. Biasanya bermula dari RM8–RM50 untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak sedikit lebih tinggi. Anda boleh semak semasa checkout.

Onsite Kelas / Bengkel Fizikal

Apa itu Onsite Kelas atau Bengkel Fizikal?

Ia adalah sesi pembelajaran seni secara bersemuka (face-to-face) yang dijalankan di lokasi jemputan – seperti sekolah, universiti, program komuniti, atau event khas. Kami bawa pengalaman seni terus ke tempat anda.

Siapa yang boleh jemput untuk onsite kelas ni?

Kami terbuka untuk dijemput oleh:

  • Sekolah rendah & menengah

  • Kolej / Universiti

  • NGO / Komuniti

  • Organisasi swasta / korporat

  • Event seni / karnival / booth

Topik apa yang ditawarkan untuk bengkel atau kelas ni?

Kami tawarkan pelbagai modul bergantung pada keperluan, antaranya:

  • Asas lukisan & ilustrasi

  • Mural & seni dinding

  • Kaligrafi & khat moden

  • Art journaling / sketching

  • Projek seni kreatif untuk pelajar

Setiap modul boleh disesuaikan ikut tahap umur & durasi program.

Macam mana nak jemput AfianArtistry untuk onsite kelas?

Ada dua cara:

  1. Isi borang khas di website kami (link disediakan di bahagian kelas)

  2. Atau hubungi terus kami melalui WhatsApp / emel untuk bincang terus tentang tarikh, lokasi & bajet.

Adakah perlu sediakan bahan / alatan sendiri?

Biasanya kami akan nyatakan dalam proposal sama ada:

  • Kami bawa semua bahan (all-in package), atau

  • Pihak penganjur sediakan bahan asas (mengikut bajet)

Kami fleksibel ikut jenis program & kapasiti peserta.

Caj untuk onsite kelas macam mana?

Caj bergantung kepada:

  • Lokasi (jika luar kawasan, kos travel akan dikira)

  • Jumlah peserta & tempoh masa kelas

  • Jenis modul & bahan terlibat
    Kami akan berikan quotation penuh selepas perbincangan awal.

Ada had minimum atau maksimum peserta?

Kami sarankan minimum 15 – 25 orang untuk program berjalan lancar, dan maksimum peserta boleh dibincang ikut kapasiti tempat & jenis modul.

Custom Illustration / Ilustrasi Komersial

Servis ilustrasi ni untuk siapa?

Servis ilustrasi kami sesuai untuk:

  • Brand atau bisnes yang nak visual unik untuk produk, packaging, iklan

  • Penulis buku (fizikal atau digital)

  • NGO atau agensi yang perlukan visual storytelling

  • Individu nak hadiah khas dalam bentuk lukisan digital

  • Event organizer (poster, peta lokasi, signage bergaya seni)

Ilustrasi ni dalam bentuk digital ke fizikal?

Kebanyakan ilustrasi kami adalah dalam format digital (JPEG/PNG/PDF/Ai) beresolusi tinggi, sesuai untuk cetakan atau penggunaan online.

Apa jenis gaya ilustrasi yang disediakan?

Kami ada beberapa gaya utama termasuk:

  • Gaya kontemporari / minimal

  • Ilustrasi berinspirasi khat & elemen tradisional

  • Visual storytelling / penceritaan berilustrasi kartun
    Setiap projek akan dibincang dulu untuk padan gaya dan mesej.

Berapa lama masa siap untuk satu projek ilustrasi?

Bergantung pada skop – untuk artwork biasa, sekitar 5–7 hari bekerja, manakala untuk projek berskala besar (buku, identiti visual), boleh ambil 1–3 minggu.

Apa yang saya perlu sediakan untuk tempahan?
  1. Tujuan / penggunaan ilustrasi

  2. Saiz atau resolusi akhir

  3. Contoh rujukan gaya (jika ada)

  4. Warna, tema & mesej yang nak disampaikan

  5. Tarikh akhir (deadline)

Kami akan keluarkan quotation & susun timeline selepas info lengkap diterima.

Adakah termasuk hak cipta sekali?
  1. Setiap projek akan disertakan lesen penggunaan, bergantung kepada:

    • Penggunaan peribadi / komersial

    • Hak cipta penuh atau terhad
      Jika anda perlukan hak cipta penuh & eksklusif, akan ada caj tambahan.

Ada had semakan (revision)?

Ya, servis ini termasuk 2–3 kali semakan percuma. Jika lebih, caj tambahan mungkin dikenakan ikut kadar semakan tambahan.

Affiliate Program (Jana Pendapatan)

Apa itu program affiliate AfianArtistry?

Ia adalah program yang membolehkan anda promosikan produk kami dan dapat komisen untuk setiap jualan yang berlaku melalui link khas anda. Sesuai untuk content creator, student, atau sesiapa yang nak jana pendapatan sampingan.

Macam mana cara nak sertai program affiliate ni?
  1. Daftar melalui borang affiliate di website kami

  2. Anda akan diberi akaun khas + link referral automatik

  3. Bila ada jualan melalui link anda, sistem akan track & kira komisen secara automatik

Berapa kadar komisen yang diberikan?

Komisen bermula dari 30–70% bergantung pada jenis produk. Kadang-kadang ada produk terpilih dengan komisen khas bila ada promosi bulanan.

Produk apa yang layak untuk affiliate?

Kebanyakan produk digital kami seperti eBook, course, art print digital dan downloadables adalah layak. Produk akan ditambah dari semasa ke semasa – kami ada produk baru setiap bulan!

Macam mana pembayaran komisen dibuat?

Pembayaran dibuat secara bulanan, sama ada melalui:

  • PayPal

  • Direct bank transfer (anda perlu sediakan nama & nombor akaun semasa pendaftaran)

Minimum payout: RM50.

Boleh tengok statistik & prestasi affiliate saya?

Ya! Melalui dashboard affiliate, anda boleh tengok:

  • Klik

  • Jualan

  • Komisen terkumpul

  • Produk mana paling laku melalui link anda

Join Freelance Team – Mural & Event Crew

Siapa yang boleh join team freelancer ni?

Kami buka peluang kepada pelukis, pelajar seni, atau individu yang minat bantu dalam projek mural, bengkel atau event seni. Walaupun tak full-time, kami akan hubungi bila ada projek memerlukan kru tambahan.

Apa skop kerja kalau join team ni?
  • Membantu dalam kerja mural & seni dinding

  • Urus setup / teardown booth pameran / bengkel

  • Jadi assistant semasa kelas atau bengkel onsite

  • Kadang-kadang terlibat dalam dokumentasi projek (bagi yang berminat)

Perlu ada pengalaman ke?

Tak semestinya. Asalkan komited, boleh kerja dalam team dan minat seni, kami akan beri tunjuk ajar. Pengalaman lukis mural atau kerja hands-on satu kelebihan.

Apa faedah kalau join team ni?
  • Dapat bayaran mengikut projek & hari kerja

  • Baju team rasmi disediakan

  • Peluang belajar secara langsung & tambah portfolio

  • Mungkin dijemput ke projek luar kawasan bila perlu

Macam mana nak mohon jadi freelancer?

Isi borang ringkas di website kami – nyatakan nama, pengalaman, dan lokasi anda. Send sekali resume anda. Bila ada job, kami akan hubungi melalui WhatsApp.

Shopping Cart