Photo by Furkan Idrizi on Pexels.com
Pernah tak masuk kedai, tengok dinding dia kosong je, rasa macam “meh”? Compare tu kedai yang ada mural lawa, terus nak ambil gambar. Betul tak? Sebab tu, mural bukan sekadar seni. It’s a statement, a vibe, and honestly, a marketing tool.
Restoran Mee Udang Kak Azi ni start dari warung kecil je. Dinding kosong, meja pun biasa-biasa. Tapi satu hari Kak Azi call aku, “Bro, aku rasa dinding kedai ni macam hambar. Customer ramai, tapi vibe tak cukup meriah. Boleh tolong buat mural tak?”
Mula-mula aku tanya, “Kak Azi nak konsep macam mana?” Dia jawab, “Simple je. Gambar mee udang besar-besar dengan laut belakang dia. Biar orang tahu speciality kita dari dinding lagi.” Alhamdulillah dapat siap dalam 3 hari.
Lepas sebulan siap mural tu, aku datang makan kat situ. Ada satu customer sembang dengan Kak Azi, “Kak, cantik mural ni. Siapa buat? Budak-budak saya terus nak ambil gambar kat sini.”
Mural ni bukan setakat main cat je. Artist profesional faham tentang komposisi, warna, dan macam mana nak buat design yang ngam dengan bisnes you. Plus, bila hire pro, hasil dia tahan lama. Takdelah baru 6 bulan, warna dah pudar.
Tak kisah restoran, kafe, butik, gym, atau office, semua boleh buat mural. Yang penting, design tu kena sesuai dengan audience and vibe tempat tu.
First step, fikir apa cerita atau mesej yang you nak tunjukkan. Lepas tu, cari mural artist yang ada portfolio cantik. Kalau tak sure macam mana nak pilih, klik sini. Boleh sembang!
Jangan anggap seni ni sekadar hiasan je, sebenarnya boleh jadi satu pelaburan untuk bisnes. So, ready to transform dinding kosong jadi marketing tools korang? 😊
Sebagai umat Islam, rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi juga menjadi ruang ketenangan dan perlindungan…
Ruang solat adalah tempat istimewa di dalam rumah yang memerlukan suasana tenang dan khusyuk. Selain…
Pernah tak rasa rumah tu macam tak "hidup"? Nampak cantik, tapi hati tetap rasa kosong.…
Bayangkan sebuah ruang rumah yang bukan sahaja cantik tetapi turut membawa ketenangan jiwa. Seni khat…