Selamat datang ke halaman Soalan Lazim (FAQ)
Di sini kami kumpulkan soalan paling kerap ditanya tentang perkhidmatan, produk digital, kerjasama dan banyak lagi. Klik kategori di bawah atau scroll untuk baca semuanya.
Servis Mural Kami
Kami menawarkan pelbagai jenis mural termasuk mural dinding dalaman dan luaran untuk rumah, pejabat, restoran, sekolah, ruang komersial dan juga event khas. Setiap rekaan adalah unik dan mengikut kehendak pelanggan dengan menggunakan stail kami.
Boleh! Kami guna cat khas tahan cuaca untuk mural luar bangunan. Biasanya Jotun atau Nippon.
Kami juga akan beri cadangan teknikal untuk pastikan hasil kekal cantik walaupun terdedah kepada hujan dan panas.
Proses tempahan bermula dengan:
Perbincangan konsep & bajet
Penyediaan lakaran kasar
Pengesahan design oleh pelanggan
Penjadualan tarikh pemasangan
Pelaksanaan mural di lokasi
Senang cerita, kami guide dari awal sampai siap!
Harga bergantung pada saiz, kompleksiti rekaan dan lokasi pemasangan.
Tapi jangan risau – kami akan bagi quotation selepas tahu keperluan anda. Minimum harga biasanya bermula dari RM13/sekaki untuk projek kecil.
Bergantung pada saiz dan tahap detail rekaan. Mural kecil biasanya siap dalam 1-2 hari, manakala projek besar boleh ambil masa hingga seminggu atau lebih.
Kami akan beritahu jangkaan masa siap awal-awal.
Cuma pastikan dinding bersih, kering dan mudah diakses. Kalau perlu, kami juga boleh bantu buat kerja persediaan seperti cat asas atau touch-up permukaan.
Ya, kami guna cat berkualiti tinggi dan kemasan pelindung (clear coat) untuk tahan lama.
Dengan penjagaan minima, mural boleh tahan 4-5 tahun tanpa pudar.
Kalau projek berskala besar atau melibatkan ruang kompleks (contoh: ruang 3D, bangunan luar, atau ruang komersial), kami sangat galakkan untuk buat site visit supaya kami boleh ukur, kaji pencahayaan, jenis permukaan dan beri cadangan yang lebih tepat.
Dalam kawasan berdekatan (radius tertentu): site visit adalah percuma.
Luar kawasan / negeri lain: akan ada caj minimum untuk kos perjalanan & masa. Tapi kalau projek confirm, caj site visit biasanya akan ditolak dari jumlah akhir.
Boleh, kami memang sediakan servis mural luar kawasan termasuk ke negeri lain. Kos tambahan untuk pengangkutan, penginapan & logistik akan dimasukkan dalam sebut harga. Kami akan bincang awal-awal supaya semuanya jelas sebelum mula projek.
Ya, untuk projek luar kawasan yang memerlukan beberapa hari hingga seminggu, akan ada caj tambahan untuk penginapan dan kos logistik team. Kami akan masukkan kos tu dalam sebut harga (quotation) awal-awal supaya pelanggan tahu keseluruhan bajet projek.
Kalau anda ada penginapan sendiri untuk sediakan (contohnya: homestay, tempat staff, dsb.), kami juga terbuka untuk bincang.
Lukisan Khat Custom & Ready-made
Khat custom adalah hasil seni khas ikut permintaan anda – boleh pilih ayat, nama, warna, saiz dan medium.
Khat readymade pula adalah karya siap sedia yang boleh terus dibeli.
Boleh sangat! Nama individu, pasangan, keluarga atau gabungan dengan ayat Al-Quran – kami boleh reka ikut kesesuaian gaya.
Ya, kami akan sesuaikan rekaan dengan tema ruang anda. Hantar gambar ruang atau dinding pun boleh, untuk kami buat padanan warna & saiz yang harmoni.
Biasanya antara 7–14 hari bekerja, bergantung pada tahap detail dan jenis medium. Untuk tempahan urgent, hubungi kami awal – kami akan tengok slot ekspres yang ada.
Digital: Fail resolusi tinggi (JPEG/PDF), sesuai untuk cetakan sendiri.
Fizikal: Kami cetak atas kanvas, art paper, atau frame siap gantung. Anda boleh pilih masa tempahan.
Boleh, tapi beritahu kami semasa tempahan. Kami akan keluarkan lesen penggunaan komersial dengan struktur harga yang sesuai mengikut skop projek.
Hantar ayat/nama yang anda nak
Nyatakan gaya tulisan, warna & saiz
Pilih digital atau fizikal
Kami beri quotation + lakaran kasar
Bila dah confirm & bayar deposit, kami mula proses rekaan
Kos bergantung pada saiz dan lokasi. Kami akan maklumkan semasa quotation. Untuk Semenanjung Malaysia biasanya bermula sekitar RM20–RM60 (Premium)
Elakkan dari tempat lembap atau terkena cahaya matahari terus
Lap dengan kain lembut (kering) jika berhabuk
Untuk versi framed glass, lap permukaan kaca sahaja
Jangan guna bahan kimia kuat atau air secara langsung
Penjagaan yang baik akan buat lukisan tahan bertahun-tahun tanpa pudar.
eBook & Course
Selepas pembayaran berjaya, anda akan terima link akses melalui emel. Untuk eBook, anda boleh terus muat turun fail. Untuk kursus, anda akan dibawa ke portal pembelajaran khas dengan login anda sendiri.
Ya! Semua kursus kami adalah dalam format self-paced, jadi anda boleh tonton ikut masa sendiri – siang atau malam, ikut keselesaan anda.
Semua kursus kami dijalankan melalui website AfianArtistry sendiri. Anda hanya perlu login ke akaun anda selepas pembelian dan akses kursus terus dari dashboard pelajar. Mudah dan tersusun!
Kebanyakan kursus kami disampaikan dalam Bahasa Melayu, dan ada yang disertakan dengan subtitle (BM/BI) untuk memudahkan pemahaman. Maklumat bahasa akan dinyatakan pada setiap kursus.
Ya, untuk kursus terpilih yang lengkap modulnya, anda akan diberikan sijil penyertaan digital. Ia akan dihantar secara automatik atau atas permintaan selepas selesai semua modul.
Ya! Kami sediakan ruang komen / sokongan melalui emel / Telegram group (bergantung pada kursus). Anda boleh tanya bila-bila masa – team kami akan bantu.
Boleh. Anda hanya perlu beri bukti pembelian (resit / emel) dan kami akan hantar semula link muat turun. Kami simpan rekod pembelian anda.
Disebabkan eBook dan kursus adalah produk digital yang boleh dimuat turun, tiada refund selepas pembelian. Tapi kami terbuka untuk bantu selesaikan sebarang isu teknikal atau ganti akses jika ada masalah.
Ya, kebanyakan kursus direka untuk pelukis atau penulis baru. Kami nyatakan tahap kesukaran di setiap kursus supaya anda tahu sama ada ia sesuai dengan tahap anda sekarang.
Art Print & Art Merchandise
Art Print adalah cetakan berkualiti tinggi hasil karya asli AfianArtistry – dicetak atas kanvas, kertas seni (art paper), atau material premium lain.
ArtMerch pula ialah barangan khas bercorak seni seperti tote bag, bookmark, stiker, keychain dan lain-lain – semuanya original design.
Kami guna premium matte art paper, canvas berkualiti galeri, dan frame kayu solid (untuk framed print). Setiap cetakan dijaga dari segi warna, detail dan tahan lama.
Ya! Sebahagian besar Art Print kami adalah edisi terhad (limited edition) – ada nombor siri & tandatangan artis. Bila habis stok, takkan dicetak semula.
Boleh, asalkan karya tersebut masih dalam stok versi digital. Beritahu saiz dan jenis material, kami akan sediakan sebut harga khas.
Untuk masa sekarang, kami hanya jual ArtMerch dari design original AfianArtistry. Tapi jika ada permintaan kuantiti besar (bulk order), kami terbuka untuk bincang custom.
Art print akan dibungkus dalam tube atau kotak keras untuk elak rosak
Item kecil seperti merch dihantar dalam bubble mailer atau box
Kami guna kurier seperti J&T, PosLaju, Lineclear – tracking number akan diberi
Kos penghantaran bergantung pada jenis produk dan lokasi. Biasanya bermula dari RM8–RM50 untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak sedikit lebih tinggi. Anda boleh semak semasa checkout.
Onsite Kelas / Bengkel Fizikal
Ia adalah sesi pembelajaran seni secara bersemuka (face-to-face) yang dijalankan di lokasi jemputan – seperti sekolah, universiti, program komuniti, atau event khas. Kami bawa pengalaman seni terus ke tempat anda.
Kami terbuka untuk dijemput oleh:
Sekolah rendah & menengah
Kolej / Universiti
NGO / Komuniti
Organisasi swasta / korporat
Event seni / karnival / booth
Kami tawarkan pelbagai modul bergantung pada keperluan, antaranya:
Asas lukisan & ilustrasi
Mural & seni dinding
Kaligrafi & khat moden
Art journaling / sketching
Projek seni kreatif untuk pelajar
Setiap modul boleh disesuaikan ikut tahap umur & durasi program.
Ada dua cara:
Isi borang khas di website kami (link disediakan di bahagian kelas)
Atau hubungi terus kami melalui WhatsApp / emel untuk bincang terus tentang tarikh, lokasi & bajet.
Biasanya kami akan nyatakan dalam proposal sama ada:
Kami bawa semua bahan (all-in package), atau
Pihak penganjur sediakan bahan asas (mengikut bajet)
Kami fleksibel ikut jenis program & kapasiti peserta.
Caj bergantung kepada:
Lokasi (jika luar kawasan, kos travel akan dikira)
Jumlah peserta & tempoh masa kelas
Jenis modul & bahan terlibat
Kami akan berikan quotation penuh selepas perbincangan awal.
Kami sarankan minimum 15 – 25 orang untuk program berjalan lancar, dan maksimum peserta boleh dibincang ikut kapasiti tempat & jenis modul.
Custom Illustration / Ilustrasi Komersial
Servis ilustrasi kami sesuai untuk:
Brand atau bisnes yang nak visual unik untuk produk, packaging, iklan
Penulis buku (fizikal atau digital)
NGO atau agensi yang perlukan visual storytelling
Individu nak hadiah khas dalam bentuk lukisan digital
Event organizer (poster, peta lokasi, signage bergaya seni)
Kebanyakan ilustrasi kami adalah dalam format digital (JPEG/PNG/PDF/Ai) beresolusi tinggi, sesuai untuk cetakan atau penggunaan online.
Kami ada beberapa gaya utama termasuk:
Gaya kontemporari / minimal
Ilustrasi berinspirasi khat & elemen tradisional
Visual storytelling / penceritaan berilustrasi kartun
Setiap projek akan dibincang dulu untuk padan gaya dan mesej.
Bergantung pada skop – untuk artwork biasa, sekitar 5–7 hari bekerja, manakala untuk projek berskala besar (buku, identiti visual), boleh ambil 1–3 minggu.
Tujuan / penggunaan ilustrasi
Saiz atau resolusi akhir
Contoh rujukan gaya (jika ada)
Warna, tema & mesej yang nak disampaikan
Tarikh akhir (deadline)
Kami akan keluarkan quotation & susun timeline selepas info lengkap diterima.
Setiap projek akan disertakan lesen penggunaan, bergantung kepada:
Penggunaan peribadi / komersial
Hak cipta penuh atau terhad
Jika anda perlukan hak cipta penuh & eksklusif, akan ada caj tambahan.
Ya, servis ini termasuk 2–3 kali semakan percuma. Jika lebih, caj tambahan mungkin dikenakan ikut kadar semakan tambahan.
Affiliate Program (Jana Pendapatan)
Ia adalah program yang membolehkan anda promosikan produk kami dan dapat komisen untuk setiap jualan yang berlaku melalui link khas anda. Sesuai untuk content creator, student, atau sesiapa yang nak jana pendapatan sampingan.
Daftar melalui borang affiliate di website kami
Anda akan diberi akaun khas + link referral automatik
Bila ada jualan melalui link anda, sistem akan track & kira komisen secara automatik
Komisen bermula dari 30–70% bergantung pada jenis produk. Kadang-kadang ada produk terpilih dengan komisen khas bila ada promosi bulanan.
Kebanyakan produk digital kami seperti eBook, course, art print digital dan downloadables adalah layak. Produk akan ditambah dari semasa ke semasa – kami ada produk baru setiap bulan!
Pembayaran dibuat secara bulanan, sama ada melalui:
PayPal
Direct bank transfer (anda perlu sediakan nama & nombor akaun semasa pendaftaran)
Minimum payout: RM50.
Ya! Melalui dashboard affiliate, anda boleh tengok:
Klik
Jualan
Komisen terkumpul
Produk mana paling laku melalui link anda
Join Freelance Team – Mural & Event Crew
Kami buka peluang kepada pelukis, pelajar seni, atau individu yang minat bantu dalam projek mural, bengkel atau event seni. Walaupun tak full-time, kami akan hubungi bila ada projek memerlukan kru tambahan.
Membantu dalam kerja mural & seni dinding
Urus setup / teardown booth pameran / bengkel
Jadi assistant semasa kelas atau bengkel onsite
Kadang-kadang terlibat dalam dokumentasi projek (bagi yang berminat)
Tak semestinya. Asalkan komited, boleh kerja dalam team dan minat seni, kami akan beri tunjuk ajar. Pengalaman lukis mural atau kerja hands-on satu kelebihan.
Dapat bayaran mengikut projek & hari kerja
Baju team rasmi disediakan
Peluang belajar secara langsung & tambah portfolio
Mungkin dijemput ke projek luar kawasan bila perlu
Isi borang ringkas di website kami – nyatakan nama, pengalaman, dan lokasi anda. Send sekali resume anda. Bila ada job, kami akan hubungi melalui WhatsApp.
